
Make your own Glitter Graphics
11 November 2009
07 November 2009
Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka
Cinta-
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang-
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka -
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita..)
Minat-
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang... kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
Posted by nurulnadia at 15:48 0 comments
21 August 2009
Hari Konvokesyen KUIM 1
kirip kanan kirip...
Peace!!!!!!!!!!
Nadira & Nadia.. peace!!!
Itu dia.......muka2 ceria..maklum lar... dah grad kn....
Peace!!!!!!!!!!!!!
Best Student Konvo KUIM 1
Jiran niaga kitorang..PERSEPSI....zaaassssss....
Pelanggan paling sporting yg bertandang kat gerai kitorang...
Saje buat2 tgh sibuk...padahal...????? hehehehehehe....
Waktu barsama-sama dgn senior2 DPSM yg dah grad.. miss u all....
Posted by nurulnadia at 00:39 0 comments
Malam Menghargai Graduan
Wassup.. jmput mkn yer..
Kak Yati, Kak Zah, Kak Faezah & Abg Rizal
Abg Dzul & Aizad
Anak Ustaz Zulkefli, Fatin yg manja...
Nadia, Suzie, Farah & Dayah.....
Posted by nurulnadia at 00:15 1 comments
06 January 2009
HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM:
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.
Posted by nurulnadia at 18:14 0 comments
09 November 2008
Jangan Benci Kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan
sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.
Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.
Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.
Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok Berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan.
Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.
Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni..
Posted by nurulnadia at 23:07 2 comments
04 November 2008
Melawan Dan Mengatasi Masalah Migrain

Myspace Get Well Comments
Menurut kajin Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), migrain merupakan salah satu daripada 3 penyakit utama di dunia pada abad ini, iaitu selepas kanser dan AIDS. Setiap 100 orang 3 daripadanya menghidapi migraine. Kebanyakan statistik kebangsaan turut menunjukan bahawa terdapat lebih kurang 5 hingga 10% populasi menghidapi migrain di mana pesakit kaum wanita adalah 3 kali ganda lebih banyak daripada kaum lelaki.
Apakah itu Migrain?
Migrain merupakan sakit kepala vaskular yang paling biasa berlaku dengan kesakitan yang berlaku di sisi kepala. Simptom-simptom migrain termasuk kesakitan dan ketidak selesa an yang akan menjejaskan kerja seharian, muntah, pening, sensitif kepada cahaya dan bunyi. Serangan migrain mengambil masa sepanjang 4 jam hingga 72 jam, kadang-kala mengambil masa yang lebih lama, serangan tersebut mungkin berlaku berulang kali. Sebelum dan semasa serangan migrain juga mungkin mengakibatkan gangguan saraf dan emosi.
Siapakah yang sering diserang migrain ?
Umumnya, kebanyakan penghidap migrain merupakan wanita yang berkerjaya, semasa kedatangan haid dan mereka yang mempunyai personaliti jenis A. Tambahan pula, mereka yang mengamalkan cara hidup yang kurang sihat, mengalami tekanan hidup sepanjang hidup akan lebih mudah menghidapi masalah migrain. Jenis sakit kepala vascular ini sering menyerang mereka yang berumur 10 hingga 30 tahun. Akan tetapi, bermula daripada kanak-kanak yang baru saja bersekolah hingga mereka yang berumur 80 tahun turut mengalami migrain.
Apakah Faktor yang Menyebabkan Migrain ?
Sementara itu, mereka yang berumur 15 hingga 55 tahun mungkin pernah mengalami masalah migrain, akan tetapi 70% hingga 80% pengidap adalah mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang sering menghidap migrain. Apa yang menyedihkan adalah kurang daripada separuh penghidap migrain yang berjaya dikenalpasti oleh doktor. Migrain sering disalah tafsir sebagai sakit kepala sinus atau sakit kepala akibat tekanan.
Selain itu, terdapat banyak faktor lain yang akan mengakibatkan serangan migrain. Contohnya, perubahan masa tidur, pola pemakanan, ubat medikasi, cahaya yang kuat,cahaya fluoresen, TV, sesetengah makanan dan bunyi bising yang keterlaluan. Tekanan dan depresi merupakan faktor utama yang dapat dikenalpasti dan diubati.
Pencegahan Migrain
Migrain dapat menjejaskan kualiti hidup. Migrain juga membawa kepada pelbagai jenis risiko kesihatan seperti menghidap penyakit jantung dan faktor risikonya hipertensi dan hiperkolesterolemia. Seperti yang kita ketahui, diet, kualiti tidur, aktiviti dan isu psikologi adalah faktor yang mengakibatkan migrain. Dengan itu, kita harus mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mengelakkan daripada migrain. Contohnya:
1. Elakkan daripada makanan tirosin seperti cheese, coklat, buah citrus, sardin, hati ayam, tomato, susu dan minuman yogurt.
2. Elakkan daripada daging salai masin seperti sosej, hot dog dan ham; makanan proses yang mengandungi kandungan nitrite yang tinggi dan monosodium glutamate.
3. Ambil makanan yang tinggi dengan zat besi, vitamin B komplex (telur) dan magnesium (legum, produk kacang, cendawan, porphyra capensi).
4. Elakkan bahan nikotin yang terdapat dalam rokok, alkohol dan minuman yang mengandungi kafein.
5. Dapatkan kualiti tidur yang baik dan lakukan senaman secukupnya.
6. Elakkan masa kerja yang panjang, menonton televisyen dan menggunakan komputer.
Dari segi rohani, banyakkan mambaca Surah al-Insyirah, selawat dan sebagainya.
Kesimpulannya, setiap penyakit ada penawar. Akan tetapi, mencegah itu lebih baik daripada merawat.Kepada penghidap migrain, sabar jela yer.hehe..

Myspace Get Well Comments
Posted by nurulnadia at 23:13 0 comments
27 October 2008
LAPORAN PROGRAM LAWATAN KE PETRONAS
PENGENALAN
Program yang dinamakan Program ‘ Lawatan Sehari di Petronas Penapisan Melaka Sdn. Bhd.’ ini merupakan suatu program yang telah dilaksanakan hasil gabungan tenaga kerja semua siswa siswi jurusan Diploma Undang-undang dan Syariah Semester 3 bagi menyempurnakan tugasan bagi subjek Undang-undang Syarikat (UND 2043).
Program lawatan ini telah diadakan pada 22 Oktober 2008 (Rabu) yang bertempat di Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd .
Segala perisian tentang program yang dijalankan ini merupakan perisian aktiviti bagi siswa siswi yang terlibat untuk mempelajari secara terperinci tentang syarikat yang dilawati. Ini termasuklah sesi mendengar taklimat dan penerangan mengenai sejarah penubuhan dan pembentukan syarikat, struktur organisasi syarikat, objektif syarikat itu ditubuhkan dan memorandum serta artikel yang terkandung dalam fasal syarikat berkenaan.
Siswa siswi yang terlibat juga telah melawat ke kawasan sekitar syarikat berkenaan untuk mengetahui selok-belok pengurusan sekaligus berpeluang untuk beramah mesra dengan kakitangan syarikat yang sedang bertugas.
OBJEKTIF
Terdapat dua objektif dalam program ini, iaitu :
OBJEKTIF UMUM
Mengkaji dan mendalami tentang sejarah penubuhan dan pembentukan syarikat, struktur organisasi syarikat, objektif syarikat itu ditubuhkan dan memorandum serta artikel yang terkandung dalam fasal syarikat yang akan dilawati. Ini bertujuan untuk mengaplikasikan segala teori bagi subjek Undang-undang Syarikat (UND 2043) yang dipelajari di dalam kelas kepada skop yang lebih luas.
OBJEKTIF KHUSUS
1.Memupuk budaya fikrah dan mengukuhkan wadah bagi melahirkan siswa siswi yang berintelek tinggi.
2.Menggalakkan siswa siswi melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan bagi melahirkan sifat aktif dan cerdas pada minda siswa siswi tersebut.
3.Menyemai sikap saling bekerjasama dan nilai disiplin di kalangan seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.
4.Menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman untuk mencambahkan minda terutamanya dalam proses pengaplikasian teori dalam kehidupan seharian.
LAPORAN LENGKAP PERJALANAN PROGRAM
07.15 a.m : Siswa-siswi berkumpul di kafeteria
08.00 a.m : Bertolak dari KTIAM
09.00 a.m : Tiba di Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd.
09.10 a.m : Taklimat keselamatan & tayangan video korporat
09.30 a.m : Taklimat mengenai Opoerasi Loji Penapisan Minyak PETRONAS Melaka
10.00 a.m : Jamuan ringan
10.30 a.m : Taklimat mengenai Memorandum dan Artikel Persatuan Syarikat
12.15 p.m : Sesi soal jawab dan upacara penutup
12.30 a.m : Lawatan ke Bukit Tinjau
01.00 p.m : Bertolak pulang ke KTIAM
Seawal jam 7.15 pagi, siswa siswi telah mula berkumpul di kafeteria untuk menikmati sarapan pagi yang berupa nasi lemak dan air teh. Bekalan air mineral dan roti juga turut diberikan bagi mengisi perut ketika berada di dalam bas sekiranya lapar. Peserta rombongan telah tiba ke Petronas pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh pegawai yang bertugas di sana.
Bertempat di Dewan Parameswara bangunan syarikat tersebut, sesi taklimat keselamatan & tayangan video korporat serta taklimat mengenai Opoerasi Loji Penapisan Minyak PETRONAS Melaka telah diberikan oleh pegawai di sana. Selepas itu, pihak Petronas telah menghidangkan jamuan ringan kepada peserta rombongan pada jam 10.00 pagi.
Sesi taklimat kedua telah disampaikan oleh Encik Mohammad Noor bin Mohamad Ishak yang bertajuk ‘The Memorandum of Association and The Article of Association’. Sejurus selepas sesi taklimat berakhir, pensyarah subjek merangkap ketua rombongan iaitu Puan Siti Marshita bt Mahyut telah menyampaikan cenderahati kepada pihak Petronas sebagai tanda penghargaan. Kemudian, tiba giliran peserta rombongan pula untuk menerima cenderahati daripada pihak Petronas sebagai tanda kenangan untuk dibawa pulang.
Pada jam 12.30 tengah hari, peserta rombongan dengan diiringi oleh pegawai bertugas telah dibawa ke Bukit Tinjau yang lebih kurang 6 minit perjalanan dari bangunan pentadbiran (ADMIN). Di sini, peserta rombongan berpeluang untuk menyaksikan kawasan loji dan juga pelabuhan kapal-kapal tangki (tanker) dengan lebih jelas dan dekat. Pada jam 1.00 petang, peserta rombongan bertolak pulang ke Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka.
SENARAI JAWATANKUASA KERJA
Pengarah:
Muhammad Afiq Bin Ab Samat
Timbalan Pengarah 1:
Muhammad Iqbal Zahin Bin Ismail
Timbalan Pengarah 2:
Bintul Khomeini Amizah Binti Hamzah
Setiausaha:
Nor Azizah Binti Abdullah
Timbalan Setiausaha:
Nurul Nadia Binti Kamaruzzaman
Bendahari:
Mohamad Azreen Rezza Bin Azizan
Timbalan Bendahari:
Nur Atika Binti Yep
SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA
AJK TAJAAN
1.Nor Adilah Binti Baharudin (k)
2.Sarah Binti Ahmad Faisal
3.Noor Syazwani Binti Mohamad Samirun
4.Nori Sofi Binti Bahari
5.Nuruidayah Binti Zolkepli
6.Zulhadi Bin Nayan
AJK PROTOKOL
1.Muhamad Effendi Bin Abd Rahim (k)
2.Nurul Syahida Binti Roslan
3.Nur Syahirah Binti Abdullah Hisham
4.Haryatie Binti Basir
5.Erni Juliana Binti Mohammad
6.Norrina Binti Matlin
AJK CENDERAHATI
1.Nur Fitriyani Binti Azmy (k)
2.Mohd Syafiq Bin Hj Ramli
3.Shairah Binti Samsudin
4.Wan Nor Atikha Binti Wan Kamaludin
5.Nur Farahin Bt Mat Radzi
AJK DISIPLIN
1.Khairil Fahmi Bin Idris (k)
2.Azie Nor Asyikin Binti Pauzi
3.Siti Iqramah Binti Ahmad Dali
4.Ummu Ummarah Binti Abdul Rahman
5.Emylia May Binti Abdullah
AJK MAKANAN
1.Muhammad Asyraf Bin Zulkipli (k)
2.Nurain Binti Abd. Hamid
3.Nur Najihah Hareez Binti Mohd. Nor
4.Siti Khairina Binti Mustakim
5.Nur Hidayah Binti Meor Mohd Lani
6.Nur Emy Shazzira Binti Azhar
AJK KESELAMATAN
1.Mohamad Edy Irwan Bin Ab. Rahman (k)
2.Noridah Binti Yaacob
3.Normaizura Binti Mohd. Nor
4.Norfaseha Binti Tuah
5.Zeenat Binti Karim
AJK TUGAS-TUGAS KHAS
1.Nik Jaztine Binti Johannis (k)
2.Nur Hidayatul Akmaliah Binti Shamsuddin
3.Nur Hidayah Binti Fauzi
4.Atikah Binti Abu Bakar
5.Muhammad Ikbal Bin Awang Kechik
AJK PENGANGKUTAN
1.Nor Hidayah Binti Jalil (k)
2.Almahera Binti Abu Hassan
3.Muhammad Isra Bin Saning
4.Nur Farhana Binti Abd. Razak
5.NurulHidayu Binti Rahim
p/s:Tahniah kpd siswa siswi DUUS 3 krn telah berjaya melaksanakan program lawatan ini....
Posted by nurulnadia at 23:35 3 comments
14 October 2008
Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda
Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.” 
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya. 
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda terangsang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Posted by nurulnadia at 18:45 2 comments
07 October 2008
Petua Jerawat

Myspace Cartoon Comments
Petua 1
Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 2
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.
Petua 3
Giling beras dan daun inai sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .
Petua 4
Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .
Petua 5
Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .
Petua 6
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Graphics for Disney Comments
Petua 7
Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .
Petua 8
Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .
Petua 9
Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .
Petua 10
Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .
Petua 11
Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah .
Petua 12
Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan jerawat akan kering dan pupus .
Petua 13
Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .
Petua 14
Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan
3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.
Petua 15
Gunakan uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. -Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh ler muka tu. -Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah....

Islam Graphic Comments
Posted by nurulnadia at 20:00 0 comments






